KENYATAAN MEDIA: Hishamuddin harus dedahkan arahan yang diberikan kepada editor berita / PRESS RELEASE: Hishamuddin must reveal instructions given to news editors
KENYATAAN MEDIA: Hishamuddin harus dedahkan arahan yang diberikan
kepada editor berita pada 27.4.2012
Saya merujuk kepada perhimpunan Bersih 3.0 dan keganasan pihak polis
terhadap wartawan. Kami telah mendedahkan bukti bahawa arahan untuk
menganggu, menghalang dan menahan wartawan yang melaporkan tentang
perhimpunan Bersih 3.0 datang dari peringkat tertinggi Kementerian
Dalam Negeri. Pada 27 April 2012, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin
Hussein Onn telah mengarahkan kesemua ketua editor akhbar-akhbar utama
untuk datang bertemu beliau. Kami juga diberitahu bahawa semasa
pertemuan tersebut, ketua-ketua editor diberi arahan tentang bagaimana
melapor keadaan semasa perhimpunan Bersih 3.0 dan mereka juga diminta
supaya tidak melaporkan kekejaman pihak polis. Pihak polis dengan
jelas telah mengikut telunjuk Kementerian Dalam Negeri apabila pihak
media yang sedang merakam aksi salah guna kuasa polis terhadap orang
awam juga dikasari. Tiada sebarang kenyataan dibuat sehingga kini oleh
PM, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara tentang keganasan
tersebut. Jawapan Hishamuddin bahawa rampasan barang-barang wartawan
adalah prosedur biasa pihak polis agak mengejutkan.
Ini juga serangan yang serius oleh BN terhadap kebebasan akhbar. Di
bawah sistem demokrasi kita, Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai
sebarang hak terhadap media tentang apa yang mereka boleh atau tidak
boleh melaporkan. Dalih Najib dengan meminda PPPA 1984 untuk
membenarkan kebebasan akhbar ternyata satu kepalsuan. Kami menyeru
Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein Onn untuk mendedahkan dalam
masa 24 jam butir-butir lengkap arahan yang diberikan kepada media
semasa mesyuarat itu. Kami seterusnya meminta Najib dan Hishamuddin
menerangkan dan menjawab dakwaan layanan kejam dan salah guna kuasa
polis terhadap media dan orang ramai pada 28/4.
PRESS RELEASE: Hishamuddin must reveal instructions given to news
editors on 27.4.12
I refer to the Bersih 3.0 rally and the BN government's high-handed
and brutal action against the media. We have uncovered further
evidence indicating that the orders to harass, obstruct and arrest
journalists covering the Bersih 3.0 rally came from the highest levels
of the Home Ministry. On 27.4.12, the Home Minister Hishamuddin
Hussein Onn had ordered all Chief Editors of major dailies to appear
before him. We are informed that at the meeting instructions were
given on how to report the news on the Bersih rally on 28.4.12, and
that the editors were asked to refrain from reporting on police
brutality. It is extremely disturbing that one day after this meeting,
journalists trying to record police misconduct were brutalized in an
unprecedented manner. The police appear to have been carrying out the
wishes of the Home Minister. Until now, no explanation has been given
by the PM, Home Minister or IGP on the police attacks upon the media.
Hishamuddin's answer that seizure of press photographers' equpiment
was standard operating procedure is a shocking admission of illegality
and unlawful conduct by the police.
This is also a serious attack by the BN upon press freedom. Under our
democratic system, the Home Minister has no business dictating to the
media on what they can or cannot report. Najib's pretence of amending
the PPPA 1984 in order to allow more press freedom is now exposed as a
great sham. We call upon Home Minister Hishamuddin Hussein to reveal
within 24 hours, full details of the instructions given to the media
at the meeting. We further demand that Najib and Hishamuddin explain
and answer for the brutal and organized police attacks upon the media
and the public on 28/4.
Issued by,
N SURENDRAN
VICE PRESIDENT
KEADILAN
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya