[Kenyataan Media KEADILAN] NFC Tidak Menghormati Undang-Undang Dan Mengkhianati Amanah Rakyat |
Saya sedia maklum bahawa keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil sedang berusaha untuk menyabitkan saya dengan tuduhan melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) di samping tindakan saman yang telah dibuat setakat ini.
Saya menghormati hak mereka membuat laporan sekiranya dirasakan ada peruntukan undang-undang yang telah dilanggar. Saya sedia bekerjasama jika ada siasatan demi menjamin proses undang-undang berjalan dengan sebaiknya.
Malangnya, sementara Dato’ Seri Salleh Ismail dan keluarganya begitu tegas dalam soal Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA), keadaannya cukup berlainan apabila mereka sendiri dilihat tidak menghormati undang-undang dan mengkhianati amanah rakyat. Sehingga hari ini, mereka masih terus menggunakan dana rakyat sewenang-wenangnya. Mereka juga belum menyerahkan mana-mana harta mewah yang telah dibuktikan dibeli atau disyaki dibeli menggunakan dana RM250 juta yang sepatutnya digunakan bagi tujuan lain.
Dalam siri pendedahan yang dibuat, buktinya jelas bahawa setiap ahli lembaga pengarah termasuklah anak-anak Dato’ Seri Shahrizat Jalil telah melanggar pelbagai undang-undang dan tatakelola yang baik – namun sehingga kini tidak ada seorang pun dari anak-anak Dato’ Seri Shahrizat Jalil didakwa di mahkamah.
Hinggakan dalam soal mendapatkan passportnya dari ditahan mahkamah pun Dato’ Seri Salleh Ismail berbohong kepada mahkamah dan mengkhianati amanah yang diberikan mahkamah. Semasa membuat permohonan, beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau akan menunaikan umrah di antara 28 April 2012 dan 5 Mei 2012. Sebaliknya, dalam tempoh tersebut beliau sibuk ke sana ke mari untuk membuat laporan polis dan laporan kepada Bank Negara Malaysia terhadap saya.
Tidak ada satu pun dari kenyataan beliau semalam yang boleh meyakinkan rakyat bahawa beliau telah menggunakan dana awam RM250 juta untuk mendapatkan pinjaman bank membeli lapan unit hartanah mewah di KL Eco City.
Beliau mendakwa saya telah memfitnahnya kerana kononnya beliau tidak pernah membuat pinjaman untuk membeli unit-unit tersebut. Hakikatnya, beliau memang ada membuat pinjaman tersebut tetapi dibatalkan oleh bank apabila skandal NFC menjadi panas. Buktinya, tawaran pinjaman dibuat oleh bank pada 23 Mei 2011 tetapi dibatalkan pada 4 Januari 2012.
Saya rela berhadapan dengan apa-apa tindakan berikutan peranan saya mendedahkan skandal NFC. Bukanlah sesuatu yang memalukan jika kita dihukum kerana berkata benar dan mengambil tindakan yang betul. Tetapi jika kita dibuktikan menyeleweng wang rakyat yang sepatutnya sampai kepada orang miskin tanpa sedikit pun rasa bersalah atau rendah diri, kita akan dipandang hina di mata rakyat.
Cubaan NFC untuk meletakkan saya di kandang orang bersalah akan dipandang sinis oleh rakyat. Bukan saya yang dibicarakan rakyat tetapi NFC yang gerak gerinya terus dihakimi rakyat.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
1 MEI 2012
NFC’S UTTER CONTEMPT OF LAW AND PUBLIC TRUST
I take note the attempt by Dato’ Seri Shahrizat Jalil’s family members to implicate me in various charges under the Bank and Financial Institutions Act (BAFIA) on top of the legal actions that they had initiated so far.
I respect that it is within their right to seek legal recourse if they feel that some provisions under the act have been breached. I shall let the law to take its natural course and cooperate with any investigation in relations to the police reports lodged by Dato’ Seri Salleh Ismail and family.
Unfortunately, Dato’ Seri Salleh Ismail and family seem to adopt a different attitude when it comes to their own violation of laws and betrayal of the public trust. Up until today, they have not suspended any operation or return any of the vast assets that they had suspiciously accumulated over the last four years since they withdrew the RM250 million public funds meant for NFC.
In many instances of the asset purchase, it has been demonstrated clearly that every director including the children of Dato’ Seri Shahrizat Jalil had violated numerous laws and corporate governance; yet none of the children has been charged in court so far.
Even in the simple case of obtaining his passport temporarily, Dato’ Seri Salleh Ismail has lied to the court and breached the condition imposed by the court yet again. In his application, he stated specifically that he shall be performing an umrah in between 28 April 2012 to 5 May 2012. In fact he was not even abroad as he was busy lodging reports against me with the police and the Bank Negara Malaysia during that period.
Nothing in his denial issued yesterday that can clear the public doubt that he has unlawfully leveraged on the RM250 million public funds to obtain bank loans to purchase eight expensive properties at KL Eco City.
Dato’ Seri Salleh Ismail argued that I had defamed him because he had never taken any loans to purchase the units. However, what he could not deny was the bank loans were initially given to him but later withdrawn after the NFC scandal broke out. The loan offer was made on 23 May 2011 but cancelled on 4 January 2012 luckily due to the bank’s cognisant of Dato’ Seri Salleh Ismail’s involvement in the NFC scandal.
I am willing to face any consequences due to my active role in exposing the NFC scandal. There is no shame to receive a sentence for doing what is right. But there is every shame when you have been exposed publicly for misappropriating funds meant for the poor without you showing any sign of remorse or humility.
NFC’s attempt to turn the table around and put me on trial will not succeed. I am not on trial here. It has always been NFC that is being carefully judged by the public.
MOHD RAFIZI RAMLI
DIRECTOR OF STRATEGIES, KEADILAN